Home » » Siapa saya sebenarnya

Siapa saya sebenarnya

Saya jarang dedahkan bab-bab rahsia tentang diri saya tetapi kali ini saya nak kongsikan siapa saya sebenarnya walaupun tak ramai yang nak tahu sebenarnya. Selain itu saya nak kongsikan juga apa objektif saya buat encikarman.com ni.

Nama saya Arman Ibrahim, berasal dari Gua Musang, Kelantan. Agak skima juga post kali ni. Orang kata macam mana nak terus maju kalau orang tak kenal kan. Lepas SPM, masuk matrik USM kat Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Perlis dan seterusnya sambung belajar dalam bidang kejuruteraan hinggalah dapat sekeping ijazah. Ini cerita zaman muda-muda dulu la.

Lepas habis belajar, merantau ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Pernah kerja oil and gas kat tengah laut tuh. Sekarang kerja sebagai di Cyberjaya dan menetap di Subang Jaya, Selangor.



Itu soal kerja la. Aktiviti menulis blog bermula lepas habis belajar dulu dan internet tengah nak naik kat Malaysia di mana kemunculan banyak cybercafe. Lepak-lepak main mirc tuh dah jadi perkara biasa masa belajar dulu.

Blogging


Belajar buat blog dan cari duit online ni secara sendiri je, tak pernah pergi mana-mana kursus atau seminar malah tak pernah jumpa pun blogger-blogger lain. Belajar sikit-sikit sebab minat dan akhirnya boleh la buat blog sendiri yang agak cun juga dan boleh menjana duit dari blog walaupun tak banyak.

Start dengan blogspot, hingga lah sekarang dan tak pernah guna yang berbayar pun sebab yang percuma pun boleh memberi manfaat juga. Buat blog tu secara part time sahaja sebab ada kerja azali yang lain.

Selepas penutupan ashadee, sekarang usaha buat duit online tertumpu ke arah jobdirumah. Sedang hasilkan 2 blog mengenai jobdirumah untuk lawan blog-blog yang dah established. Takpe usaha tangga kejayaan dan hasilnya memang boleh nampak dah. Bulan ni ( March ), sale dari jobdirumah dah ada dalam 13 sales ( termasuk hari ni ). Ini rekod baru peribadi saya dan bulan terbanyak saya pernah dapat untuk jobdirumah.

Best ooo dapat duit online.


Oh ya, pakai kereta toyota Altis 1.8 sekarang ni, boleh la bayar bulan-bulan tuh. Rumah harga rm800k di Subang Jaya. Hanya inilah yang saya boleh banggakan dalam pencapaian hidup saya setakat ni. Kekawan ramai yang hebat-hebat lagih, rezeki masing-masing kan.

encikarman.com ni untuk saya kongsikan siapa saya dan apa yang saya buat secara online. Saya ada blog-blog lain lagi yang mempunyai niche yang fokus kepada produk dan blog-blog inilah yang menghasilkan duit.

Sekian.


Terima kasih kerana membaca Siapa saya sebenarnya. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



15 Komen:

  1. Kenal sangat tuan arman...study sama2...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. uiks, siapakah ni? Ghazali ke?

      Padam
    2. Li, lama tak jumpa sejak dari usmkcp dulu.

      Padam
    3. Seronok tengok hang jana duit melalui online....lekat kat komputer masa zaman study dulu...bolehla jadi mentor aku.

      Padam
    4. Seronok tengok hang jana duit melalui online....lekat kat komputer masa zaman study dulu...bolehla jadi mentor aku.

      Padam
    5. Boleh la skit2. Ko baca je apa aku tulis kat sini sbg permulaan. Try2 dan kalau ada nak tanya, letak komen.

      Padam
    6. Boleh la skit2. Ko baca je apa aku tulis kat sini sbg permulaan. Try2 dan kalau ada nak tanya, letak komen.

      Padam
  3. Baru saya kenal empunya diri encikarman ni, tapi sekarang kerja sebagai apa di cyberjaya tu?nampak macam tergantung ayat kat atas

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sengaja saya gantungkan kat situ.

      Padam
    2. Oh memang disengajakan untuk kerahsiaan ya? faham tu...hihi

      Padam
  4. first time datng sini... datang gara-gara cari info bab ads.. tup2 bila baca asal kelate study perlis. Saya ni pulak asal Perlis stay Kelate (bertukar kita. yang pasti, saya juga jana income online tapi lebih dr fb la.. salam ukhwah dari saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ukhwah. Jana income ikut fb jual produk, mmg boleh mendatangkan pendapatan yang boleh dibanggakan. Teruskan.

      Padam