Home » , , » Cara betul promosi affiliate Jobdirumah

Cara betul promosi affiliate Jobdirumah

Cara betul promosi affiliate Jobdirumah ataupun mana-mana affiliate sangat penting supaya apa yang kita buat tidaklah sia-sia. Orang lain boleh dapat sale sampai rm500 lebih sebulan dengan mempromosikan affiliate Jobdirumah tetapi kita pula bilangan sales tidak seberapa - bilangan sale tidak selari dengan masa yang di habiskan untuk mempromosikan affiliate Jobdirumah. Adakah ini yang kita mahukan? Tak nak kah kita menjana pendapatan sampingan seperti orang lain juga di dalam mempromosikan affiliate jobdirumah ni?

Artikel kali ni saya cuba mengupas dan berkongsi cara betul promosi affiliate jobdirumah supaya anda yang masih terkial-kial mencari cara terbaik dan tidak membazirkan masa  untuk mencuba pelbagai kaedah lain kerana hampir setiap hari orang lain membuat sales dan mendapat komisen dengan affiliate Job dirumah ni. Saya berani mengatakan begitu kerana saya telah mencuba pelbagai jenis kaedah dan yang terbaik terkandung di dalam artikel ini tetapi tidak detail. Artikel susulan saya akan perkemaskan dan perjelaskan lagi untuk menyokong artikel ni. Untuk siapa? Untuk anda semua - telus dan berkesan.

Cara betul promosi affiliate Jobdirumah


Apa yang saya nak kongsikan ini ialah salah satu cara untuk mempromosikan affiliate Jobdirumah yang sudah terbukti berjaya. Siapa yang mencuba? Saya sendiri telah melakukan benda yang sama dan terbukti berlaku peningkatan sale dan komisen dalam mempromosikan affiliate job dirumah. Cuba lihat screenshoot di bawah:


payment jobdirumah
Bayaran Jobdirumah Dec 2015

komisyen jobdirumah
Bayaran Jobdirumah Jan 2016

jobdirumah payment
Bayaran Jobdirumah Feb 2016
bukti bayaran jobdirumah
Bayaran Jobdirumah March 2016
Anda boleh lihat peningkatan sales / komisen / komisyen daripada jobdirumah dan inilah yang saya cuba kongsikan dengan anda. Baca sampai habis dan saya minta anda amalkan. Tak kisahlah terpaksa bersaing dengan anda pun di google, kita kan kawan-kawan. Takde hal lah. Masing-masing usaha.

Untuk pembaca blog saya ini, apa salahnya saya kongsikan apa yang saya buat untuk meningkat pendapatan jobdirumah saya walaupun ada orang lain yang menjana pendapatan online ni lagi banyak. Dan saya juga menuju ke arah itu kerana sales untuk bulan April ( hingga 11/04/2016 ) ni telah ada 12 sales ( rm25 x 12 = rm300). Banyak ke sikit? Bagi saya banyak tu.

komisen jobdirumah


Jadi, saya cuba berkongsi apa yang perlu di lakukan untuk mempromosikan affiliate jobdirumah dalam artikel ini.

Cara promosi affiliate Jobdirumah


1. Buat blog khusus untuk jobdirumah


Buat satu blog untuk affiliate jobdirumah ni. Mula-mula gunakan template yang sesuai. Guna template asal blogspot pun ok juga. Atau pun anda boleh download percuma template ni:


Besar harapan saya agar anda boleh edit template sendiri. Template ni memang sempoi sebab nampak macam google chrome kan. Dah upload template to masuk blogspot, tak payah nak edit-edit lagi bahagian meta tag, dah ok dah. Cuba cipta beberapa label untuk artikel anda nanti.Kalau anda tak tahu nak edit template blog, ada masalah skit dengan Artikel mengenai cara edit template ni bakal menyusul kemudian.

Jangan lupa kepentingan google webmasters tool dan bing webmaster yang boleh membantu anda di search engine.

2. Buat kajian keyword 


Buat kajian keyword guna google keyword planner. Anda boleh gunakan keyword seperti jobdirumah payment, buat duit jobdirumah, kerja kosong part time dan sebagainya. banyak kegunaan keyword planner. Kat sini ada sejarah dan analis apa yang di cari di google berdasarkan perkataan yang anda masukkan.

Tak biasa guna, takpe. Anda godek-godek lah dulu keyword yang sesuai ya. Lama-lama biasa lah dengan planner nih. Kajian keyword ni penting. Copy dan simpan keyword yang anda dapat untuk di gunakan semasa menulis artikel.

Update 18/05/2016: Cara guna google keyword planner

3. Tulis artikel SEO 


Anda tulis 5 artikel menggunakan skill SEO yang anda ada. Kalau anda perlukan bantuan, anda boleh gunakan web tulis artikel penuh SEO. Gunakan keyword yang anda simpan tadi daripada keyword planner. Sebagai panduan, jika artikel anda 500 patah perkataan, anda boleh masukkan max 3% keyword iaitu dalam 10 - 15 anda boleh repeat keyword anda.

Anda mesti sekali bold dan italic keyword anda. Guna juga H1 dan H2-H6 sekali. Tak tahu, tak apa. Artikel tu lebih penting. Letakkan post description sama dengan tajuk artikel anda.

Lepas tulis 5 artikel, terus publish kan. Dan berterusan tulis artikel satu untuk setaip satu bulan. Anda boleh tulis banyak-banyak dan set kan date untuk publish.

Untuk menulis artikel berkaitan jobdirumah, anda kena tahu apa itu jobdirumah dan info-info jobdirumah yang lain. Selain dari anda cari kat google search, anda dapat panduan jobdirumah dan baca supaya anda ada idea macam mana konsep jobdirumah ni.

4. Guna google New incognito window 


Incognito window anda boleh gunakan untuk semak keyword yang anda nak guna. Cuba search keyword anda guna incognito window, tengok blog mana yang rank paling bagus. Anda cuba lawan artikel blog tersebut dengan artikel blog baru anda. Anda kena ingat, lepas publish bukan google boleh terus detect. Bagi masa kat google. Benda ni semua memerlukan masa untuk berjaya. 

Anda kena faham tentang jobdirumah. Jika ada bukti bayaran job dirumah, anda sertakan sekali untuk memberi kepercayaan kepada pembaca. Nak ambil bukti komisen saya pun boleh, cuma bagi kredit skit.

Bagi saya, inilah cara terbaik dan cara betul promosi affiliate Jobdirumah.

Jika ada soalan, anda boleh tinggalkan di bahagian komen.

Cara lebih senang nak promosi produk affiliate


Jika anda rasakan cara yang saya kongsikan di atas susah sebab masalah teknikal dan sebagainya, anda boleh guna gunakan cara seperti Tim Infokerjaya gunakan untuk promosi produk-produk kerjaya. Teknik yang saya gunakan untuk mempromosi affiliate jobdirumah adalah percuma sahaja tetapi jika anda dapatkan panduan lengkap daripada Tim Infokerjaya ni, ada bayaran yang mereka kenakan.

Dapatkan DVD Affiliate Ninja dari Team Infokerjaya

DVD ini adalah rakaman daripada 2 hari Bootcamp cara promosi affiliate oleh Tim Infokerjaya yang mendedahkan teknik promosi berkesan affilite kerjaya yang biasanya mencecah setengah juta dalam masa 1-2 minggu tempoh promosi. Begitu hebat produk kerjaya ni.

Bootcamp ni di Muaz Hadi ( Founder Tim Infokerjaya ) dan Zeo Unic ( pakar promosi affiliate kerjaya ) yang menunjukkan langkah demo langkah bagaimana nak mempromosikan produk affiliate seperti jobdirumah melalui blog, email dan facebook.

DVD ni boleh melengkapkan pencarian anda dalam ilmu mempromosi produk affiliate kerana telah membuktikan mereka berjaya hasilkan banyak jualan dalam tempoh yang singkat.

Anda nak cuba cara percuma yang saya kongsikan ataupun cara yang perlukan modal tetapi lebih lengkap seperti yang ada dalam DVD Afiliate Ninja, anda yang tentukan. Saya harap anda berjaya.



Terima kasih kerana membaca Cara betul promosi affiliate Jobdirumah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



9 Komen:

  1. tq bro. Banyak manfaat. Bukan saje untuk jobdirumah tapi untuk produk affiliate lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaik tuan, usaha kena ada tuan kan.

      Padam
  2. cntik sklali entry ini tuan..tq kongsi tool2 yg berguna utk keyword tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. gasak je tool2 yang free ni tuan. Jangan melabur kalau belum ready tuan.

      Padam
  3. Saya pun ada banyak yang nak kena perbetul dengan cara promosi kalau macam ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana mana yg perlu tuan.

      Padam
  4. Tahniah Tuan Arman. memang nampak peningkatan komisen jobdirumah. Tips yang diberikan pun memang terbaik. Terima kasih tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq tuan. Bulan ni lagi naik tuan. tunggu post terbaru.

      Padam